suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Ajax mula sedar dari koma sejak 2017

Nouri jatuh pengsan ketika beraksi perlawanan persahabatan pada Julai 2017.

PEMAIN Ajax, Abdelhak ‘Appie’ Nouri berada dalam koma selepas mengalami serangan jantung ketika sedang beraksi dalam perlawanan persahabatan bertemu kelab Jerman Werder Bremen pada Julai 2017.

Ketika kejadian, Nouri berusia 22 tahun.

Kini dia semakin pulih dan tinggal di sebuah rumah yang dibina khas untuknya berehat.

Abangnya, Abderrahim memberitahu, dia berkomunikasi dengan Nouri hanya menggunakan isyarat pergerakan kening.

Namun apa yang menggembirakan seluruh keluarga apabila Nouri memberi pergerakan aktif ketika pemain tengah itu menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen.

Bapanya, Mohammed mendedahkan, keluarganya mengharungi waktu sukar sepanjang Nouri berada dalam keadaan tidak sedar.

“Kami perlu menjaganya dengan dengan terbaik. Kami cuba melakukannya sendiri.” –Dailymail.co.uk

Artikel Lain