suria

PSG sumbang RM481,000 kepada badan amal untuk bantu golongan terjejas akibat Covid-19

Selain menyumbang dana, PSG juga telah melancarkan jersi bola sepak khas dan berharap mampu mengutip dana untuk hospital. Foto: Getty Image

PARIS St-Germain menyumbang peruntukan berjumlah 100,000 euro (RM 481,000) kepada badan amal Perancis, Secours Populaire bagi membantu menghadapi krisis wabak koronavirus atau Covid-19.

Peruntukan berkenaan akan digunakan sebagai bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak, orang tua dan gelandangan yang terjejas.

Ia juga akan digunakan untuk menyokong para doktor yang bertugas di lapangan dan membantu melatih sukarelawan.

Perancis kini mempunyai kadar kematian kelima tertinggi di dunia akibat wabak itu, dengan lebih daripada 1,300 kematian dicatatkan sehingga kini.

Pegawai Eksekutif Secours Populaire, Thierry Robert berkata: "Francais Secours Populaire dan 80,000 koordinator serta penggiat sukarelawan kami amat berterima kasih atas sokongan Paris St-Germain.

"Sekali lagi, Paris St-Germain memberi maklum balas kepada kegiatan amal kami untuk membantu mereka yang tergolong dalam kelompok miskin atau pengecualian sosial.

"Sokongan ini akan membolehkan Secours Populaire bertindak pantas untuk meringankan penderitaan mereka yang terjejas akibat krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya ini."

PSG juga telah melancarkan jersi bola sepak khas dan berharap mampu mengutip dana untuk hospital, dengan semua hasil disumbangkan kepada petugas kesihatan. - BBC.com

PSG, dana, badan amal, Covid-19

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain