suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Juventus dan teman wanita positif Covid-19 jalani kuarantin di rumah

Dybala menjadi pemain ketiga Juventus yang disahkan positif Covid-19.

PAULO Dybala memberitahu dia dan teman wanitanya Oriana Sabatini berada dalam keadaan baik selepas empat hari mendedahkan dirinya positif Covid-19.

Penyerang berusia 26 tahun itu mendedahkan dia dijangkiti virus berbahaya, namun tidak patah semangat dan pasangan itu menjalani kuarantin di rumah.

Dybala menulis status di Instagram ‘estamos bien’ (kami okay) bersama sekeping gambarnya.

Dybala memberitahu dia dan teman wanitanya okay selepas disahkan positif Covid-19.

Juventus menjadi kelab pertama di Itali yang menyaksikan pemainnya Daniele Rugani dan  Blaise Matuidi positif Covid-19.

Manakala Dybala menjadi pemain ketiga disahkan positif.

Itali menjadi negara paling teruk dijangkiti wabak Covid-19 dengan 74,000 kes dicatat.

Manakala lebih 7,500 maut akibat virus ni.

Juventus kini mendahului kedudukan Series A selepas 26 perlawanan, diikuti Lazio dan Inter Milan. –Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain