Manchester United bakal kehilangan Ighalo, kontrak hanya 31 Mei sahaja - Sukan | mStar

Manchester United bakal kehilangan Ighalo, kontrak hanya 31 Mei sahaja

Ighalo pamer persembahan baik sepanjang berada di Old Trafford.

MANCHESTER United berisiko tinggi untuk kehilangan khidmat Ighalo selepas tempoh pinjamannya daripada kelab China, Shanghai Shenhua hanya sah sehingga 31 Mei.

Dengan penagguhan saingan Liga Super China bagi mencegah penularan Covid-19 yang berpunca dari Wuhan, penyerang berusia 30 tahun itu dibenarkan untuk membuat perpindahan mengejut ke Old Trafford pada Januari lalu.

Ighalo menjalani tempoh isolasi selama 14 hari sebelum menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan baharunya.

Namun, penularan Covid-19 juga menyebabkan saingan EPL ditangguhkan sehingga penghujung April mengehadkan lagi tempoh bermain Ighalo buat United.

United masih lagi didalam perbincangan untuk membeli Ighalo secara kekal, namun jendela perpindahan dan kontrak pemain menjadi halangan yang diberitahu oleh Fifa.

Aksi menakjubkan Ighalo telah memukau staf kejurulatihan mahupun penyokong semenjak ketibaannya pada January lalu.

Bekas penyerang Watford ini telah empat gol dalam tiga penampilan yang dia diturunkan dalam kesebelasan utama, termasuklah gol ala-ala Fifa Street dalam saingan Piala Europa ketika menentang LASK tempoh hari. - FourFourTwo

Manchester United , Ighalo , Kontrak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain