suria

Messi derma RM4.8 juta kepada hospital di Sepanyol bantu hadapi Covid-19

Messi turut menderma sejumlah wang kepada sebuah hospital bagi menghadapi Covid-19.

LIONEL Messi mengikut jejak langkah bekas pengurusnya Pep Guardiola menderma sebanyak sejuta euro (RM4.8 juta) sebagai bantuan dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Kapten Barcelona itu turut bekerja keras meningkatkan kesedaran mengenai wabak berbahaya ini yang kini telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

Messi memberi sumbangan besar untuk digunakan oleh petugas-petugas kesihatan.

Pihak Hospital Klinik Barcelona mendedahkan Messi memberi sumbangan kepada pihaknya.

“Leo Messi memberi sumbangan untuk berjuang melawan Covid-19 di Klinik. Terima kasih di atas komitmen dan sokongan,” tulis Hospital Klinik Barcelona di Twitter pada Selasa.

Seluruh Sepanyol kini ditutup sepenuhnya bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang pantas merebak.

Sepanyol mencatat situasi buruk dengan mencatat kematian sehinggan 514 orang sehari.

Manakala keseluruhan kematian dicatat 2,696 orang dan hampir 40,000 kes dicatat.

Sebelum ini, Guardiola turut memberi sumbangan kepada Angel Soler Daniel Foundation untuk digunakan membeli peralatan kesihatan.-Dailymail.co.uk

Lionel Messi, Covid-19, Derma, Barcelona

Artikel Lain