Abe, IOC setuju tangguh Olimpik Tokyo - Sukan | mStar

Abe, IOC setuju tangguh Olimpik Tokyo

Sukan Olimpik Tokyo itu akan ditangguhkan selama setahun.

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menangguhkan Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun.

Abe mengumumkan perkara itu kepada wartawan malam Selasa selepas berbincang dengan Presiden IOC, Thomas Bach mengenai penangguhan temasya sukan terbesar dunia itu susulan pandemik Covid-19.

“Kami meminta Presiden Bach untuk menimbangkan penangguhan tempoh setahun bagi menjadikan ia temasya yang boleh disertai semua atlet dan bersaing pada tahap terbaik dan menjadikan acara itu selamat serta tidak membahayakan penonton.

“Presiden Bach berkata beliau juga bersetuju 100 peratus," katanya.

Tokyo sudah melengkapkan persiapan untuk temasya tersebut  apabila virus yang membawa maut itu mula menular di seluruh dunia.

Walaupun berulang kali menegaskan bahawa temasya itu akan tetap berlangsung seperti dirancang, Abe minggu ini berkata penangguhan mungkin tidak dapat dielakkan jika acara itu tidak berlangsung dengan sempurna.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike secara berasingan memberitahu wartawan bahawa temasya itu akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan dijenamakan sebagai ‘Tokyo 2020.’

Sukan Olimpik Tokyo , Shinzo Abe , IOC , tangguh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain