suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurulatih Galatasaray disahkan positif Covid-19

Meskipun positif Covid-19, Fatih memberitahu dirinya sihat dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

JURULATIH Galatasaray, Fatih Terim telah mengesahkan bahawa dia positif koronavirus.

Jurulatih berusia 66 tahun itu sebelum ini yang pernah mengendali beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti AC Milan dan Fiorentina telah mendedahkan dirinya positif Covid-19 pada Isnin lalu.

"Hasil ujian saringan, saya disahkan positif koronavirus.

"Anda semua tidak perlu risau, saya berada dalam keadaan yang baik di hospital," ujarnya.

Dalam pada itu akaun Twitter rasmi kelab memberikan kata-kata semangat kepada Fatih.

"Tiada yang mustahil jika kita semua berganding bahu antara satu sama lain! Kami sentiasa bersama anda."

Turut dikhabarkan naib presiden kelab, Abdurrahim Albayrak juga disahkan positif Covid-19.

Badan induk Liga Super Turki telah memberitahu pada Isnin bahawa Abdurrahim dan isterinya, Sukran yang dijangkiti koronavirus telah menggemparkan arena bola sepak Turki. -Dailymail.co.uk

Galatasaray, Fatih Terim, Covid-19

Artikel Lain