suria

Tiga perlawanan akhir liga bola sepak Europa ditunda

Liga Juara-Juara ditunda susulan pandemik Covid-19.

KESATUAN Bola Sepak Europa (Uefa) mengesahkan Liga Europa dan Liga Juara-Juara tidak akan berlangsung penghujung Mei ini.

Penangguhan itu berikutan pandemik Covid-19 yang kini telah merebak ke seluruh dunia.

Final bagi Liga Juara-Juara dijadualkan berlangsung pada 30 Mei di Istanbul manakala aksi akhir bagi Liga Europa pada 27 Mei di Gdansk.

Turut ditangguhkan adalah aksi akhir Liga Juara-Juara Wanita.

“Berikutan krisis Covid-19 yang melanda di Eropah, Uefa secara rasminya hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan-perlawanan tersebut, yang jadual asalnya pada Mei ini.

-Liga Juara-Juara Wanita Akhir

-Liga Juara-Juara Akhir

-Liga Europa Akhir

“Keputusan baharu masih belum dibuat. Kumpulan pengurusan, yang ditubuhkan minggu lalu serta pemegang saham bola sepak Europa yang di pengerusi oleh presiden Uefa Aleksander Ceferin menilai pilihan yang ada.

“Kumpulan ini sudah mula menilai tarikh dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai.” - Onefootball

Artikel Lain