suria

Neville bantu 'frontliner' NSH, serah hotel untuk digunakan sepanjang rawatan Covid-19

Neville dan rakan-rakan kongsinya bersetuju menjadikan hotel milik mereka digunakan untuk kakitangan NSH dalam menguruskan Covid-19.

GARY Neville mengambil tanggungjawab membantu meringankan situasi serius wabak Covid-19 yang kini menular seluruh dunia.

Bekas pemain Manchester United dan pertahanan England itu telah mengosongkan dua buah hotel miliknya bersama Ryan Giggs untuk digunakan oleh semua staf National Health Services (NHS) sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Sebahagian 35 buah bilik disediakan untuk kegunaan tersebut.

“Saya yakin 100 peratus kami sudah bersedia untuk digunakan menjelang Khamis ini.

“Keseluruhannya 176 katil. Keputusan yang diambil ini bukan mudah. Namun kisah-kisah yang kami dengar daripada kakitangan tidak menyenangkan.

“Apa yang NHS dan semua staf lakukan ini merupakan pengorbanan besar dan saya berharap orang menghargai mereka,” ujarnya.

Neville bersama rakan-rakan kongsinya bersetuju untuk menyerahkan hotel mereka digunakan sebagai penginapan untuk staf NHS.

Neville serta adiknya Phil dan Giggs, Nicky Butt dan Paul Scholes mengupah lebih kurang 450 staf dalam menguruskan hotel-hotel milik mereka ini.

Semua staf mereka itu telah pulang ke rumah masing-masing.

Malah sebelum ini Neville mengumumkan selepas mencapai persetujuan daripada rakan-rakan kongsinya untuk memberikan gaji seperti biasa kepada semua staf memandangkan pihaknya memahami kesukaran ekonomi teruk yang melanda seluruh negara sehingga ini berikutan Covid-19.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain