suria

Bekas bintang Manchester United positif Covid-19

Fellaini yang beraksi bersama kelab China, Shandong Luneng disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Dubai.

BEKAS pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini disahkan positif Covid-19 selepas sebuah kenyataan dikeluarkan oleh kelabnya, Shandong Luneng.

Media di China melaporkan Fellaini kini sedang  dikuarantin di Hospital Jinan, yang merupakan pusat rawatan bagi penyakit tersebut.

Pemain berusia 32 tahun itu menghabiskan 11 tahun di England ketika beraksi buat Manchester United dan Everton itu baharu sahaja pulang ke China selepas tinggal buat sementara waktu di Dubai berikutan Covid-19.

"Keputusan menunjukkan Fellaini positif Covid-19 ketika berada dalam tempoh kuarantin.

"Ketika tempoh tersebut, suhu badan pemain tersebut adalah normal dan tidak mengalami sebarang simptom lain.

"Dia sedang mengalami rawatan pemulihan dan dipantau oleh pihak hospital," menerusi sebuah kenyataan kelab.

Fellaini beraksi sebanyak 87 kali di peringkat antarabangsa buat Belgium sebelum mengumumkan persaraan pada Mac 2019. -The Guardian

Artikel Lain