Morales rindukan keluarga di Colombia, akur Perintah Sekatan Pergerakan - Sukan | mStar

Morales rindukan keluarga di Colombia, akur Perintah Sekatan Pergerakan

Morales akui rindu dengan keluarganya di Colombia. Foto: Melaka United

PEMAIN tengah import Melaka, Romel Morales mengakui agak sukar untuk berjauhan daripda keluarga tersayang pada saat getir dengan penularan wabak Covid-19 ini apatah lagi saingan Liga Malaysia juga masih ditangguhkan.

Jelas Morales, dia bukan sahaja rindukan keluarga malah turut risaukan keadaan mereka yang berada di Colombia ketika ini sambil mengharapkan semua dalam keadaan sihat kerana belum pernah menghadapi situasi yang sukar seperti ini tanpa keluarga di sisi.

Bagaimanapun, bekas tonggak utama PKNS FC ini memahami garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) di mana salah satunya adalah dengan tidak membenarkan pemain import ke luar negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kini hanya kekal berada di Melaka bersama rakan sepasukan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah Kawalan Pergerakan: Zaquan ambil pendekatan positif, tetap berpeluh selain habiskan masa bersama keluarga

“Saya rasa apa yang telah diperintahkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sekarang adalah betul demi kebaikan semua pihak untuk kita tidak keluar ke mana-mana dan duduk di rumah dalam tempoh ini.

“Kesihatan menjadi perkara paling penting sekarang dan tugas kita adalah untuk menjaga kesihatan dan mengambil berat mengenai orang lain juga.

“Untuk itu, saya terima apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga walaupun sebenarnya memang sangat sukar tidak dapat bersama mereka dalam keadaan membimbangkan sekarang.

“Tetapi, saya kuat demi mereka dan memang sekarang hanya berada di rumah sahaja selain berharap semuanya akan kembali pulih dengan segera”, katanya.

Mengenai hukuman pemotongan tiga mata yang dialami oleh pasukan Melaka ketika ini, sudah pasti ia memberi kekecewaan kepada seluruh pasukan dan peminat.

Namun, perjuangan harus diteruskan dan pemain berusia 23 tahun tidak menafikan begitu rindu aksi di padang selepas seminggu saingan Liga Malaysia ditangguhkan bermula Isnin lepas dan lebih merisaukan apabila kini tidak dibenar melakukan latihan dan sebarang aktiviti luar.

“Saya rasa kalau kita semua melakukan apa yang sepatutnya, semua akan kembali normal dalam masa terdekat.

“Apa yang perlu kita buat adalah bersabar dan jaga kecergasan selain tetap berusaha keras untuk pasukan kembali bangkit selepas ini.

“Saya tidak akan berputus asa dan memang rindu sebenarnya nak beraksi, tetapi kesihatan perlu didahulukan sekarang”, tambahnya.

Morales sekarang antara sandaran utama untuk skuad Melaka apabila telah berjaya membuktikan kemampuannya dan ketika ini telah berjaya menjadi penjaring terbanyak pasukan bersama Uche Agba dengan dua gol dalam empat perlawanan CIMB Liga Super setakat ini.

Melaka yang sebelum ini di tangga ketiga liga terpaksa menerima hakikat apabila tersungkur ke kedudukan kesebelas selepas berdepan hukuman pemotongan tiga mata apabila gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka. 

Romel Morales , Melaka United , Colombia , Covid-19

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain