Pemain muda Alexander-Arnold belum terfikir tinggalkan Liverpool - Sukan | mStar

Pemain muda Alexander-Arnold belum terfikir tinggalkan Liverpool

Alexander-Arnold masih belum puas berada di Anfield dan sayangkan penyokong The Reds.

PEMAIN pertahanan tersebut sedang mengharungi sebuah musim bola sepak yang sangat cemerlang sebelum saingan tergendala sehingga 30 April akibat penyebaran koronavirus.

Alexander-Arnold kini dikenali sebagai antara full-back terbaik di dunia dan beberapa kelab gergasi dunia sudah menunjukkan minat untuk menandatanganinya.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu memberitahu dia tidak dapat membayangkan dirinya untuk beraksi buat kelab lain.

"Saya tidak dapat bayangkan perkara terebut.

"Saya tidak pernah terfikir untuk bermain untuk kelab lain. Saya sangat sayang akan Liverpool sama ada sebagai seorang pemain mahupun penyokong.

"Buat masa sekarang ini saya beraksi untuk Liverpool, saya sayang kelab ini lebih dari segalanya. Penyokong, masyarakat dan bandar di sini membuatkan saya jatuh cinta," ujarnya kepada GQ.

Alexander-Arnold dilahirkan di Liverpool dan merupakan satu-satunya pemain tempatan dalam skuad utama Liverpool buat masa sekarang.

"Ia satu perkara yang saya sangat bangga dan menjadi sebuah tanggungjawab buat saya.

"Saya tidak boleh buat dengan sambil lewa kerana untuk menjadi pemain bola sepak di sebuah kelab yang disokong sejak kecil merupakan impian semua orang.

"Saya faham apa sejarah, tradisi dan nilai kelab ini kerana saya membesar dengan dikelilingi suasana kelab Liverpool," katanya.

Liverpool kini gah di takhta liga dengan mendahului pasukan di tempat kedua, Manchester City dengan perbezaan 25 mata. Situasi ini akan meletakkan Liverpool muncul juara buat kali pertama sejak 1990. -FourFourTwo

Artikel Sebelum

Abe, IOC setuju tangguh Olimpik Tokyo

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain