Covid-19: Perlumbaan MotoGP Sepanyol ditangguh - Sukan | mStar

Covid-19: Perlumbaan MotoGP Sepanyol ditangguh

Perlumbaan MotoGP Sepanyol ditangguhkan susulan wabak Covid-19.

PERLUMBAAN MotoGP di Sepanyol yang dijadualkan 3 Mei ini ditunda berikutan pandemik global virus COVID-19.

Menurut kenyataan Dorna Sports iaitu pemegang eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP, keputusan untuk menangguhkan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez-Angel Nieto itu dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Dalam kenyataan berasingan, Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (perlumbaan motosikal elektrik) di litar sama juga ditunda.

Ia berkata ujian kedua pramusim MotoE, yang dijadual di litar berkenaan dari 8 hingga 10 April ini, juga dibatalkan.

“Memandangkan keadaan semasa sentiasa berubah, satu tarikh baharu bagi GP Sepanyol tidak dapat disahkan sehingga keadaan menjadi lebih jelas untuk mengadakan acara itu.

Kalendar musim 2020 yang disemak semula akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

MotoGP , Sepanyol , Tangguh , Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain