suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Real Madrid tawar Santiago Bernabeu sebagai tempat simpanan ubat-ubatan

Real Madrid tawar Santiago Bernabeu sebagai tempat simpanan ubat-ubatan untuk rawatan Covid-19.

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid telah menawarkan penggunan Stadium Santiago Bernabeu dalam langkah mencegah penularan Covid-19.

Dengan kerjasama Majlis Tinggi Sukan, Real Madrid telah melancarkan projek di bandar tersebut dengan membekal dan mengedarkan alatan kesihatan.

Kawasan Bernabeu yang luas membolehkan sumbangan alatan kesihatan yang diterima disimpan di stadium tersebut sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan Sepanyol.

Real Madrid juga memberi kemudahan kepada syarikat dan organisasi lain untuk memberikan sumbangan mereka dari segi wang mahupun peralatan untuk digunakan dalam mencegah koronavirus.

Sepanyol menjadi negara kedua paling terkesan di Eropah selepas Itali.

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Sepanyol juga telah melepasi negara China. -FourFourTwo


Artikel Lain