suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Menteri Sukan Itali sokong perlawanan bola sepak digantung sementara

Kerajaan Itali minggu lalu berkata semua sukan di negara tersebut akan dilangsungkan secara tertutup sehingga 3 April, namun menteri sukannya mengesyorkan agar perlawanan bola sepak digantung. Foto: Getty

PERLAWANAN bola sepak di Itali sepatutnya digantung dan dianggap sebagai 'tidak masuk akal' untuk diteruskan, susulan peningkatan kes koronavirus atau Covid-19, kata Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora.

Minggu lalu, kerajaan Itali berkata semua sukan di negara tersebut akan dilangsungkan secara tertutup sehingga 3 April.

Namun Spadafora menyokong kenyataan Presiden Kesatuan Pemain Itali (AIC) agar perlawanan bola sepak digantung.

Dilaporkan, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan mengadakan mesyuarat pada Selasa.

Itali pada Ahad mengumumkan arahan kuarantin terhadap 16 juta rakyatnya, dalam usaha mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam dan tempat-tempat lain di seluruh negara.

Itali mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 yang paling tinggi di Eropah, dengan bilangan kes yang disahkan mencecah 5,883 pada Sabtu.

Manakala angka korban di negara itu dicatatkan sudah melepasi 230 kes, dengan pihak rasmi melaporkan lebih daripada 36 kes kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. - BBC.Com

Artikel Lain