suria

Mahu leraikan perbalahan di padang, kapten Wales terkejut kemaluan diraba

Alun Wyn Jones (kanan) terkejut apabila Joe Marler dilihat menyentuh bahagian kemaluannya. Foto Daily Star

PEMAIN Ragbi England, Joe Marler mengejutkan bintang Wales, Alun Wyn Jones apabila dia dilihat menyentuh bahagian kemaluan pemain itu, dalam perlawanan Six Nations.

Pasukan England memenangi Triple Crown, apabila mengatasi kemenangan ke atas Scotland dan Ireland dengan 33-30 di Twickenham.

Anthony Watson, Elliot Daly dan Manu Tuilagi mencatatkan mata, meskipun Tuilagi kemudian diarahkan keluar padang selepas melakukan gerakan berbahaya, yang membawa kepada perbalahan antara dua pasukan.

Dan semasa Tuilagi keluar padang, Marler mungkin tidak menyedari tangannya begitu dengan Jones.

Tindakan Joe Marler mengejutkan banyak pihak.

Marler kemudian dirakamkan memegang kemaluan kapten Wales yang cuba meleraikan perbalahan itu.

Hampir setiap pemain di padang cuba bertembung sedangkan Jones cuba untuk berdamai.

Dia bagaimanapun terkejut dengan tindakan Marler, dan kelihatan tercengang sambil memandang pegawai permainan. - Daily Star

Artikel Lain