suria

Salah atasi Suarez, Torres cipta rekod luar biasa di Liverpool selepas gol menentang Bournemouth

Salah menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool ketika membenam Bournemouth malam Sabtu.

MOHAMED Salah menjadi pemain Liverpool pertama selepas Michael Owen menjaringkan 20 gol untuk kelab selama tiga musim berturut-turut.

Pemain kebangsaan Mesir itu diangkat sebagai salah seorang penjaring prolifik di dunia sejak menyertai Liverpool dari Roma pada 2016.

Dia menjaringkan 44 gol dalam 52 perlawanan pada musim pertamanya di Anfield sebelum menyumbang 27 gol pada kempen 2018-2019 ketika Liverpool menang Liga Juara-Juara.

Salah terus cemerlang musim ini apabila menjaringkan gol ke-20nya ketika membenam Bournemouth 2-1 malam Sabtu.

Susulan kemenangan itu, Salah menjadi pemain pertama Liverpool selepas Owen menjaringkan 20 gol untuk tiga musim berturut-turut.

Hanya Salah dan Owen mencapai prestasi terbaik itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan Luis Suarez dan Fernando Torres kekurangan sedikit gol semasa memperkuat Liverpool.

Salah mengikat kedudukan 1-1 selepas Callum Wilson menjaringkan gol pertama Bournemouth.

Namun Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan Liverpool lapan minit selepas Salah menyamakan kedudukan. - Metro.co.uk

Liverpool, Mohamed Salah

Artikel Lain