suria

Lelaki terkaya Afrika impi beli Arsenal tahun depan

Aliko Dangote. Foto Getty / Mirror UK

LELAKI terkaya di Afrika, Aliko Dangote telah diberitahu mengenai berapa banyak kosnya untuk membeli kelab Arsenal.

Jutawan Nigeria itu sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk membeli kelab di utara London itu.

Dangote mengatakan dia memberi tumpuan kepada minat lain ketika ini, tetapi meletakkan sasaran tahun depan sebagai kemungkinan untuk menawarkan bidaannya buat kelab tersebut.

Januari lalu, beliau mengulangi mengenai hasratnya dan berkata: "Ia merupakan satu pasukan yang saya mahu beli suatu hari nanti.

"Tapi apa yang saya katakan adalah kita mempunyai projek bernilai AS$20 bilion (RM85 bilion) dan itulah tumpuan yang saya berikan.

"Saya cuba menyelesaikan pembangunan syarikat dan kemudian selepas selesai, mungkin kita boleh lakukannya (beli kelab) pada 2021.

"Saya tidak membeli Arsenal sekarang, saya membeli Arsenal apabila saya menyelesaikan semua projek ini, kerana saya cuba membawa syarikat ke peringkat seterusnya," kata Dangote.

Dan kini Dangote telah diberitahu betapa mahalnya untuk membeli salah satu kelab Liga Perdana Inggeris. - Mirror


Aliko Dangote, Arsenal

Artikel Lain