suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Donnarumma idam beraksi di England, Chelsea mahukan khidmat 'The next Buffon'

Penjaga gol yang berketinggian 1.96 meter ini menjadi sasaran kelab-kelab besar di Eropah.

DONNARUMMA merupakan penjaga gol muda yang paling mendapat perhatian selepas diberi gelaran 'The next Buffon' berikutan prestasi cemerlangnya di gawang gol persis legenda Itali itu.

Dikhabarkan Chelsea telah berhubung dengan agennya, Mino Raiola, yang berkemungkinan membawa masuk penjaga gol AC Milan itu menerusi jendela perpindahan musim panas ini.

Berikutan prestasi merudum yang ditunjukkkan oleh penjaga gol utama Chelsea, Kepa Arizzabalaga, dia kini dilihat sebagai 'mangsa' untuk dijual sekiranya Donnarumma dibawa masuk oleh Chelsea.

Beberapa perlawanan sebelum ini, posisi Kepa juga telah digantikan oleh penjaga gol veteran berusia 38 tahun, Willy Caballero.

Menurut wartawan di Itali, Nicolo Schira, AC Milan kini sedang mempertimbangkan tawaran-tawaran yang diterima bagi memastikan kelab mereka tidak dibebani hutang.

Baru berusia 21 tahun, Donnarumma sudah membuat penampilan skuad senior Itali sebanyak 16 kali. Foto: AFP

Chelsea merupakan antara kelab yang sanggup mendapatkan khidmat Donnarumma dengan menawarkan kontrak sebanyak £7juta (RM37juta) setahun.

Dalam pada itu, beberapa kelab terkemuka Eropah lain turut meletakkan penjaga gol berusia 21 tahun itu dalam radar perpindahan mereka.

Antara kelab yang turut berminat ialah Real Madrid, Manchester United, Juventus dan Paris Saint-Germain. - Fox Sports

Artikel Lain