suria

Bapa borek, anak rintik! Video anak Messi, Suarez beraksi di padang curi tumpuan

Video rakaman anak kepada bintang Barcelona iaitu Lionel Messi dan Luiz Suarez beraksi di padang mencuri tumpuan ramai. Foto: Givemesport

MUNGKIN satu kenyataan yang sukar diterima oleh peminat bola sepak adalah kelibat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bakal 'hilang' di padang untuk tempoh beberapa tahun sahaja lagi.

Ini kerana kedua-dua bintang ini sudah pastinya akan bersara, apabila Messi kini berusia 33 tahun, manakala Ronaldo pula sudah mencecah 35 tahun.

Sudah pastinya peminat bola sepak akan merindui kelibat bintang-bintang ini, dan dalam masa yang sama memikirkan siapakah pemain yang layak mengambil tempat dua nama besar ini.

Walau bagaimanapun, rindu terhadap Ronaldo dan Messi pasti terubat dengan kehadiran 'Ronaldo Jr' dan 'Messi Jr'.

Ronaldo Jr yang berumur sembilan tahun diakui mempunyai skil seperti bapanya yang mengkagumkan.

Dan sekarang, muncul pula rakaman Thiago Messi, 7,  beraksi di padang yang bermain untuk pasukan Barcelona di bawah usia 8 tahun.

Semasa pertandingan awal bulan ini, Thiago dapat dilihat menjaringkan dua gol.

Secara kebetulan, anak dua bintang Barcelona lain iaitu Gerard Pique bernama Milan dan anak Luis Suarez yang bernama Benjamin turut bermain dalam perlawanan yang sama.

Benjamin turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Benar kata pepatah, bapa borek anak rintik. - Givemesport.com

Messi, Suarez, Barcelona

Artikel Lain