suria

Klopp berang pemain Liverpool tak beri ‘umpan’ kepada Minamino

Klopp berpendapat Minamino seharusnya mendapat lebih banyak peluang memgang bola di atas padang. Foto: REUTERS

JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp kecewa dengan pemainnya yang tidak memberikan bola dengan lebih kerap kepada Takumi Minamino dalam kekalahan di saingan Piala FA kepada Chelsea.

Ini juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut buat Liverpool pada musim ini.

Klopp memberitahu dia gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya, namun menegaskan Neco Williams perlu lebih banyak bermain bersama Minamino.

"Takumi (Minamino) bermain dengan bagus. Dia sepatutnya lebih kerap menguasai bola.

"Beberapa kali dia tidak dikawal dan mempunyai ruang yang baik di dalam kotak penalti tetapi Neco (Williams) gagal menghantar bola kepadanya dan itulah kesilapan besar kami.

Kekalahan kepada Chelsea mengakibatkan Liverpool tersingkir daripada saingan Piala FA. Foto: REUTERS

Klopp turut memuji tindakan Adrian yang bijak mengawal gawang sebelum dibolosi oleh Willian pada minit ke-13.

"Kita juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun pertahanan Chelsea beraksi dengan cukup baik.

"Pertahanan mereka buat apa sahaja untuk menghalang kami dariipada menjaringkan gol," ujar Klopp.

Kekalahan 2-0 kepada Chelsea menyebabkan Liverpool gagal mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Liverpool seterusnya akan bertemu AFC Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. - Mirror

Liverpool, Chelsea, Klopp, Minamino

Artikel Lain