suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Ronaldo diserang angin ahmar

Ronaldo amat rapat dengan ibunya (kiri).

IBU Cristiano Ronaldo dikejarkan ke hospital kerana serangan angin ahmar.

Dolores Aveiro dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Madeira, Portugal kira-kira pukul 5 pagi Selasa.

Bagaimanapun Dolores kini sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil.

Ronaldo dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Madeira dengan jet peribadinya sebelum kembali semula ke Itali untuk memperkuat Juventus menentang AC Milan pada Rabu.

Semua anak Dolores enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar diberikan ruang kerana ibu mereka masih ditempatkan di unit rawatan rapi.

Pada awal tahun lalu, Dolores mendedahkan dia berjuang untuk hidup selepas penyakit kansernya datang kembali.

Dolores disah menghidap kanser payu dara pada 2007.

Namun pada Februari tahun lalu ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-35 Ronaldo, dia mengakui mengalami masalah kesihatan.

"Saya menjalani pembedahan di sebelah lagi payu dara saya di Madrid. Saya telah menjalani radioterapi dan kini saya berjuang untuk terus hidup," katanya dalam satu temubual bersama stesen TV Portugal. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain