suria

Covid-19: FA, EPL dalam pertimbangan aksi perlawanan tanpa penonton

FA dan EPL masih dalam perbincangan untuk meneruskan perlawanan tanpa penonton.

PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) dan Liga Perdana (EPL) berbincang mengenai wabak Covid-19.

Kedua-dua organisasi itu berbincang kemungkinan perlawanan tanpa penyokong atau kumpulan besar berasa dalam stadium bagi mengelakkan wabak Covid-19 tersebar.

Namun sebelum ini mereka akan mendapat nasihat daripada pihak  kerajaan sebelum membuat sebarang perubahan jadual perlawanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Aksi MotoGP di Qatar batal, Moto2 dan Moto3 diteruskan

FA turut mengambil perhatian mengenai perlawanan persahabatan yang di antara England dan Itali di Wembly pada 27 Mac ini selepas aksi Serie A ditunda kerana Covid-19.

Tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan jadual berlaku sehingga mendapat nasihat daripada kerajaan.

Sekiranya penundaan itu dibuat ia bakal menyebabkan kerugian berjuta-juta paun.Dalam pada itu pembukaan Euro 2020 di antara Itali dan Turki di Rome pada 12 Jun, namun Kesatuan Bola sepak Eropah (Uefa) tidak terburu-buru membuat keputusan mengenai situasi wabak Covid-19.

Mereka juga dijangkan akan mendapat nasihat daripada pihak kerajaan. - dailymail.co.uk

Covid-19, EPL, FA, Euro 2020

Artikel Lain