suria

Klopp sangkal laporan koronavirus rencatkan Liverpool raih gelaran juara Liga Perdana

Klopp berkata peminat Liverpool tidak bodoh untuk mempercayai andaian tersebut. Foto: Getty

JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp menolak andaian yang mendakwa pasukan kendaliannya tidak akan meraih gelaran Juara Liga Perdana Inggeris gara-gara wabak koronavirus.

The Reds mengalami kekalahan pertama mereka musim ini menentang Watford pada Sabtu lalu, dengan keputusan 3-0, sekaligus meranapkan peluang untuk menyamai rekod Arsenal pada 2004 yang menamatkan liga tanpa tewas.

Kelab tersebut bagaimanapun masih berada di puncak liga dengan berkelebihan 22 mata.

Walau bagaimanapun, laporan media baru-baru ini mengenai penularan koronavirus yang memaksa kebanyakan acara sukan ditunda atau dilakukan secara tertutup, sedikit sebanyak memberi kesan kepada musim Liga Perdana.

Liverpool terpaksa menunggu sejak 1990 bagi memenangi kejuaraan liga Inggeris.

Klopp berkata: "Saya tidak fikir peminat kami paranoid, saya fikir orang yang tidak berminat membawa cerita ini.

"Tetapi apabila saya melihatnya kali pertama saya fikir, 'Wow! Biar benar ada orang berfikir seperti ini?'.

"Tetapi peminat Liverpool tidak bodoh untuk mempercayai perkara ini," ujarnya. - Metro.co.uk

Klopp, Liverpool, koronavirus

Artikel Lain