suria

“Ini merupakan persembahan terburuk Real Madrid di Santiago Bernabeu” - Pique

Pique (kiri) kecewa pasukannya mengambil kesempatan atas aksi buruk Real Madrid. Foto: AFP

PERTAHANAN Barcelona, Gerard Pique mengatakan Real Madrid menunjukkan kualiti persembahan terburuk dalam sejarah El Clasico meskipun menang ke atas Barcelona 2-0.

"Ia adalah perlawanan terburuk Real Madrid di Santiago Bernabeu. Saya tidak pernah lihat mereka bermain seburuk ini," ujar Pique.

Sementara itu, kapten Real Madrid, Sergio Ramos membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan dia sanggup bermain dengan teruk untuk menang setiap perlawanan menentang Barcelona.

Pique akui mutu permainan yang dipamerkan Barcelona tidak begitu meyakinkan namun menekankan kejuaraan La Liga adalah milik mereka.

Kemenangan 2-0 ini meletakkan Real Madrid gah sebagai pendahulu liga.

"Kami menguasai separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua kelekaan kami menyebabkan mereka dapat menjaringkan gol pertama.

"Kami gagal memanfaatkan setiap peluang yang ada dalam separuh masa pertama.

"Kekalahan ini memberi impak buat kami namun pasukan kami memiliki segala-galanya untuk merangkul kejuaraan liga," ujar Pique.

Real Madrid yang tewas kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini mempamerkan aksi yang lebih bersemangat ketika menang ke atas Barcelona.

"Ia merupakan minggu yang sukar buat kami.

Aksi cemerlang Vinicius Jr. mendapat pujian daripada pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane.

"Kami bermain dengan baik sepanjang 80 minit perlawanan tetapi malangnya kami tewas pada babak akhir permainan kepada City.

"Kekalahan tersebut menyebabkan anak buah saya bangkit untuk bertemu Barcelona," ujar jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

Dalam pada itu, Zidane turut memuji aksi cemerlang Vinicius Jr dalam perlawanan awal pagi Isnin.

"Dia bukannya bermain sebagai penyerang sahaja, tetapi dia turut disiplin ketika bertahan," katanya.

Kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Barcelona membolehkan mereka gah di tangga teratas kedudukan liga. - Daily Mail

el Clasico, Real Madrid, Barcelona, Pique

Artikel Lain