suria

Ronaldo gembira di Juventus, nafi mahu sertai kelab Beckham

Ronaldo menegaskan dia tidak berhasrat meninggalkan Juventus. Foto: Getty

CRISTIANO Ronaldo menafikan khabar kononnya dia akan meninggalkan Juventus pada musim panas untuk menyertai pasukan David Beckham, Inter Miami.

Sebelum ini Beckham mengesahkan mengenai hasratnya untuk membawa dua bintang dunia, Lionel Messi dan Ronaldo ke Inter Miami.

Bagaimanapun Ronaldo yang juga bintang antarabangsa Portugal menafikan perkara tersebut dan menegaskan dia gembira di Turin.

"Saya gembira," kata Ronaldo kepada Sky Sports.

"Saya berada di kelab terbaik di Itali, saya bermain bersama pemain terbaik. Saya gembira kami memenangi trofi tahun lepas - dan tahun ini saya berharap untuk menang juga.

"Secara peribadi, saya gembira. Saya pergi ke Juventus untuk menjaringkan gol dan melakukan yang terbaik dan saya sangat gembira," katanya. - Talksport.com

Artikel Lain