suria

Enggan turun sesi latihan, masa depan Neymar bersama PSG semakin pudar

Neymar dilaporkan enggan turun menjalani sesi latihan. FTOO: Reuters.

PEMAIN sensasi Neymar dilaporkan enggan turun menjalani latihan.

Ia susulan kenyataan pengendali Paris Saint-German (PSG) Thomas Tuchel bahawa dia belum tentu disenaraikan untuk menentang Borussia Dortmund.

Tindakan protes Neymar juga dikatakan berpunca selepas dia digugurkan pada suku akhir Piala Perancis baru-baru ini.

Menurut Tuchel, tindakan itu diambil berikutan Neymar belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan sebelum ini.

Namun kata Neymar, dia yakin dirinya sudah bersedia untuk turun dalam perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, sikap Neymar yang enggan mendengar kata ternyata memberi kesamaran terhadap masa depannya dalam pasukan itu. - The Sun.

 

Neymar, PSG, latihan

Artikel Lain