suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea sah ikat Ziyech

Ziyech akan menyertai Chelsea dari Ajax pada musim panas ini dengan harga 40 juta Euro (RM179 juta). Foto: Getty Images

CHELSEA mencapai kata sepakat dengan Ajax untuk mengikat Hakim Ziyech dengan harga 40 juta Euro (RM179 juta) pada musim panas ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pemain pertama yang ditandatangani Frank Lampard sejak menjadi pengurus Chelsea musim panas lalu.

"Ajax dan Chelsea mencapai persetujuan perpindahan Hakim Ziyech. Pemain itu akan menyertai kelab Liga Perdana pada 1 Julai 2020 dan akan menamatkan musim ini di Amsterdam," menurut kenyataan dikeluarkan kelab Eredivisie itu.

"Kelab setuju dengan perjanjian 40 juta euro (RM179 juta). Jumlah itu boleh meningkat sehingga maksimum 44 juta euro (RM197 juta) dengan pelbagai faktor," demikian menurut kenyataan itu lagi.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi masa depan pemain tengah, Ziyech yang menyertai Ajax pada 2016 daripada satu lagi kelab Eredivisie, FC Twente dengan yuran 11 juta euro.

Ziyech mengkagumkan Chelsea apabila dia bermain menentang kelab tersebut di Liga Juara-Juara awal musim ini di Stamford Bridge.

Pemain antarabangsa Maghribi itu menjadi tokoh utama di Ajax sejak dua musim lalu dengan 29 gol dan 45 assist dalam 78 perlawanan. - AFP

Hakim Ziyech, Ajax, Chelsea

Artikel Lain