Skuad United tukar hotel di Marbella gara-gara bimbang wabak Covid-19 - Sukan | mStar

Skuad United tukar hotel di Marbella gara-gara bimbang wabak Covid-19

Pasukan United menghabiskan tempoh rehat pertengahan musim di Sepanyol.

MANCHESTER UNITED berpindah ke hotel lain berikut bimbang dengan wabak konavirus (Covid-19) selepas skuad Rafa Benitez dan kelab China menginap di Marbella minggu lalu.

Pengurus Ole Gunnar Solskjaer dan skuadnya sepatutnya menginap di Hotel Westin La Quinta Golf Resort and Spa di Benahavis sempena tempoh rehat musim.

Namun apabila menyedari skuad Benitez dan Dalian Yifang menginap di situ, mereka terus berpindah ke Kempinski, berhampiran Estepona.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Pemain Manchester United dipinjamkan dari kelab China ‘dikuarantin’

Mereka mengambil langkah berjaga-jaga berikutan wabak tersebut, malah United juga turut membuat keputusan untuk meninggalkan pemain baharunya Odion Ighalo di rumah selepas berpindah dari Shanghai Shenhua.

Pada mulanya United merancang untuk pergi ke Aspire Academy di Qatar.

Namun mereka mengubah haluan ke Marbella berikutan situasi getir pergolakan yang berlaku di Timur Tengah itu selepas pembunuhan Jeneral Iran Qasem Soleimani bulan lalu.

Pada Isnin, kerajaan UK mengisytiharkan wabak koronavirus sangat serius dan 'ancaman maut' kepada komuniti dengan rekod lebih 40,000 terbabit keseluruhannya, manakala 908 orang maut di China.

Manakala Benitez merupakan pengurus Dalian Yifang selepas meninggalkan Newcastle tahun lalu.

Dalam masa sama, Liga Super China juga yang sepatutnya bermula bulan ini turut ditangguh.

Dalam pada itu, United enggan memberi sebarang kenyataan berhubung pertukaran lokasi ini namun tetap mengutamakan lokasi, kemudahan dan keselamatan. - Dailymail.co.uk

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain