Covid-19: Pemain Manchester United dipinjamkan dari kelab China ‘dikuarantin’

Odion Ighalo. Foto REUTERS/Sumaya Hisham/File Photo

ODION Ighalo tidak dibenarkan untuk berada di tempat latihan Manchester United, dikhuatiri risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ighalo, yang baru dipinjamkan ke Manchester United dari kelab China, Shanghai Shenhua hingga akhir musim ini, perlu berlatih dengan jurulatih peribadi di lokasi berasingan di Manchester, United Kingdom (UK).

Penyerang bagi kelab itu diarahkan untuk berlatih jauh dari Kompleks Latihan AON untuk pasukan Manchester United atas isu kesihatan dan keselamatan.

Ia berikutan penularan wabak virus dari China, yang telah mengorbankan lebih 1,100 nyawa.

Ighalo juga tidak menyertai pasukan Manchester Uniyed untuk kem latihan di Sepanyol.

Langkah-langkah keselamatan itu bagi tempoh 14 hari itu dilakukan buat mereka yang berkunjung dari China.

Walaupun Ighalo tidak berkunjung ke UK dari Wuhan, wilayah yang bermulanya penularan wabak itu, Manchester United tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko kepada pemain-pemain lain termasuk kakitangan. - Mirror

Artikel Lain