suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool disaran ganti Firmino dengan Mbappe untuk jadi lebih menggerunkan

Firmino dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich.

BEKAS pemain tengah Liverpool, Danny Murphy menasihati The Reds supaya menggantikan Roberto Firmino dengan Kylian Mbappe untuk memantapkan jentera serangan pasukan itu.

Firmino, 28, antara tonggak utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool musim ini.

Namun pemain kebangsaan Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada musim panas ini dan Murphy percaya Mbappe mahu memperkukuhkan barisan hadapan The Reds.

"Bolehkah anda dapatkan penyerang lain yang boleh menjaringkan banyak gol seperti Firmino? Ya," katanya kepada talkSPORT.

"Firmino adalah pelengkap yang indah untuk corak permainan Liverpool. Jika anda kata tiada siapa seperti Firmino. Dia agak luar biasa dan unik, dia pemain hebat seperti ketika Kevin Keegan pergi dan Kenny Dalglish masuk.

"Adakah dia boleh diganti? Ya. Sesiapa saja. Ia akan mengubah dinamik. Jika Liverpool kehilangan Firmino, pergi dapatkan Mbappe untuk jadikan The Reds lebih menggerunkan," katanya.

Artikel Lain