suria

Jurulatih kecergasan Mallorca dikecam gara-gara isyarat rasis mata sepet

Pastor membuat isyarat mata sepek ketika memanggil Kubo (kanan).

JURULATIH kecergasan Mallorca, Dani Pastor dikecam gara-gara membuat isyarat rasis kepada Takefusa Kubo ketika aksi LaLiga bertemu Espanyol.

Ketika itu, Pastor memanggil pemainnya dengan 'wisel mulut' seterusnya menunjukkan isyarat mata sepet menggambarkan pemain kebangsaan Jepun itu.

Kubo yang dipinjamkan dari Real Madrid dipanggil oleh Pastor bagi menggantikan Salva Sevilla ketika perlawanan tersebut.

Rakaman menunjukkan tindakan Pastor yang dianggap rasis itu memanggil Kubo yang sedang memanas badan.

Kubo menggantikan Sevilla pada minit ke-65 namun gagal membantu pasukannya selepas tewas 1-0.

Pemain berusia 18 tahun tiba ke Real madrid dari Tokyo FC musim lalu dengan menadatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Kubo yang beraksi di bahagian tengah kini merekodkan 21 penampilan bersama Mallorca dalam semua pertandingan, menjaringkan satu gol dan dua pembantu jaringan.- Dailymail.co.uk

Mallorca, Dani Pastor, Takefusa Kubo

Artikel Lain