suria

Bekas pengendali Barcelona lebih rela pergi ke Australia berbanding Liga Perdana

valverde tidak berminat dengan Liga Perdana Inggeris.

BEKAS pengendali Barcelona, Ernesto Valverde lebih suka bekerja di Australia berbanding Liga perdana Inggeris.

Valverde dipecat oleh pada Januari lalu biarpun dia telah membawa kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai liga berturut-turut serta menjulang trofi Copa del Rey dan Supercopa de Espana.

Sehingga kini pengurus berusia 56 tahun itu masih berehat.

"Orang ada tanya 'Bagaimana dengan Liga Perdana?' dan saya cakap 'Saya sebenarnya lebih suka pergi ke Australia'," jelas Valverde.

"Karier dalam bola sepak tidak akan berakhir dan kadang-kala anda perlu fikir untuk mengambil peluang di tempat lain.

"Valverde mengambil contoh bekas kapten Barca Andres Iniesta yang meninggalkan Camp Nou dan pergi ke kelab Jepun, Vissel Kobe pada 2018.

"Saya memuji Andres apabila dia beritahu akan pergi ke Jepun.

"Saya fikir, dia perlu memahami perbezaan budaya dan masyarakat. Dan saya juga sangat berminat negara Jepun.

"Anda boleh merakam gambar menarik di Jepun. Terdapat banyak tempat yang saya suka pergi. Kita akan lihat apa yang saya akan buat.

"Saya sudah lama tidak berkerja, jadi tidak perlu memutuskan apa-apa lagi.

"Saya masih belum dapat idea yang jelas setakat ini.

"Ia ada kemungkinan pergi ke tempat luar. Sebenarnya saya suka melakukan sesuatu yang berbeza." - onefootball

Ernesto Valverde, Barcelona

Artikel Berikut

Chelsea sah ikat Ziyech

Artikel Lain