suria

PSG bakal tawar kontrak lumayan buat Mbappe, setaraf dengan gaji Messi dan Ronaldo

Mbappe pemain muda yang menjadi rebutan banyak kelab.

BANYAK kelab memasang 'niat' untuk dapatkan Kylian Mbappe biarpun kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) sehingga 2022.

Menyedari keadaan itu, kelab mula mengambil langkah drastik untuk menawarkan pemain berusia 21 tahun itu untuk tempoh beberapa musim lagi.

Menurut laporan Diario AS, sumber di Paris mendedahkan bahawa "PSG sudah bersedia untuk memberi Mbappe dengan tawaran hebat menjelang Euro 2020 tahun ini, yang menjadikan gajinya lebih kurang dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel messi (sekitar 50 juta euro selepas cukai setiap musim).

"Mereka (PSG) tidak mahu membiarkan Mbappe pergi sebelum Piala Dunia Qatar 2022. Ia merupakan isu strategi."

Manakala laporan L'Equipe pula menganggarkan Mbappe memperolehi pendapatan 1.9 juta euro (RM8.53 juta) dalam kontrak semasa dan mencapai 22.8 juta euro untuk setahun.

Jika tawaran kontrak 50 juta euro itu berlaku, ia dijangka akan mengekalkan Mbappe berada di PSG dan menutup pintu terhadap tawaran-tawaran lain. - onefootball 

Kylian Mbappe, Kontrak Lumaya, PSG

Artikel Lain