suria

Ronaldo kongsi ucapan hari lahir buat Alana, kekasih guna kostum Captain America

Alana menyambut ulang tahun kelahirannya yang kedua pada Selasa.

BINTANG sensasi Cristiano Ronaldo berkongsi gambar sambutan ulang tahun kelahiran anak keempatnya, Alana Martina dengan pengikutnya di Instagram.

Dalam gambar itu, turut kelihatan tiga lagi anak Ronaldo dan kekasihnya, Geogrina Rodriguez yang memakai kostum Captain America.

Alana merupakan anak hasil hubungan Ronaldo dengan Rodriguez yang dilahirkan pada 12 November 2017.

Ronaldo menjalinkan hubungan dengan Rodriguez sejak 2017.

Gambar tersebut turut ditulis dengan kapsyen "Selamat Hari Lahir Sayangku Anna".

Posting itu mendapat lebih 4 juta tanda suka di Instagram.

Rata-rata pengikutnya turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Alana di ruangan komen.

Anak pertama Ronaldo yang diberi nama Cristiano Ronaldo Jr dilahirkan pada 17 Jun 2010 di Amerika Syarikat menerusi kaedah ibu tumpang.

Ronaldo turut menyambut kelahiran bayi kembar iaitu Eva dan Mateo dengan kaedah sama pada 8 Jun 2017.

Cristiano Ronaldo, hari lahir, Alana

Artikel Lain