Dua pemain import baharu TFC tiba bulan depan - Sukan | mStar

Dua pemain import baharu TFC tiba bulan depan

Lee Tuck kekal bersama TFC musim depan.

KETUA jurulatih Nafuzi Zain berkata TFC akan memulakan latihan pertama pada 5 Disember ini dan ia akan turut disertai dua pemain tersebut yang mengisi posisi penyerang dan pertahanan.

Bagaimanapun, beliau masih enggan mendedahkan identiti pemain berkenaan, namun menafikan khabar angin bahawa seorang daripadanya adalah dari skuad pertahanan kebangsaan Guinea, Fode Kuffour Camara seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial.

"Kita telah tandatangan kontrak bersama pemain sayap, Muhd Faris Ramli baru-baru ini bagi mengisi kuota Asean dan akan disusuli dengan dua pemain import baharu sebelum bermulanya latihan pramusim.

"Faris mungkin akan tiba lewat sedikit kerana perlu mewakili Singapura di Sukan SEA di Filipina. Jadi kita beri cuti beberapa hari untuk mengembalikan semula kecergasan sebelum mengharungi Liga Malaysia (Liga M) yang panjang," katanya kepada Bernama.

Skuad Penyu sebelum ini mengekalkan khidmat dua pemain import, Sanjar Shaakhmedov dan kapten pasukan, Lee Tuck bagi mengharungi Liga M musim depan.

Mengulas lanjut, Nafuzi berkata selain khidmat tiga pemain import baharu, TFC juga akan membawa masuk beberapa pemain tempatan bagi melengkap serta memperkuatkan skuadnya musim depan.

Menurutnya sebahagian besar pemain tersebut terdiri daripada pemain muda yang merupakan anak negeri daripada pasukan TFC lll dan TFC IV.

"Kita telah menguji beberapa pemain muda ketika bertanding di kejohanan Piala Sheikh Kamal di Bangladesh dan mereka mempamerkan persembahan cemerlang sehingga pasukan muncul juara.

"Saya yakin mereka tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang akan diterapkan nanti dan bersedia menggalas tugas besar skuad hitam putih pada 2020," katanya.

Nafuzi Zain , TFC , Pemain , Import

Artikel Sebelum

Safawi idam anugerah MVP 2019

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain