Pendedahan inspirasi Messi, pemain Barcelona bawa gelaran juara Eropah dibayar gaji seumur hidup - Sukan | mStar

Pendedahan inspirasi Messi, pemain Barcelona bawa gelaran juara Eropah dibayar gaji seumur hidup

Lionel Messi. Foto Reuters

PEMAIN Barcelona yang dahulu, semasa dan masa depan, mempunyai sebab lain untuk mengucapkan terima kasih kepada Lionel Messi.

Ini kerana didedahkan bahawa dia memberikan idea kepada bekas presiden kelab, Joan Laporta untuk menganugerahkan setiap pemenang yang memberikan gelaran juara Eropah kepada kelab itu dengan gaji seumur hidup.

Lebih 290 pemain boleh mendapat manfaat itu, dengan pasukan Nou Camp telah mengumpulkan lima gelaran Liga Juara-Juara, empat Piala Pemenang Piala dan tiga Piala Fairs.

Juan Carlos Heredia yang membantu kemenangan dalam Piala Pemenang Piala pada 1979 bersama Johan Cruyff merupakan salah seorang penerimanya, dan menjelaskan bagaimana idea ganjaran itu dicetuskan.

Ketika Barcelona memenangi dalam final Liga Juara-Juara di Rom, Itali apabila menentang Manchester United menerusi jaringan gol Messi, presiden kelab itu mengisytiharkan bahawa semua yang menjadi juara Eropah bersama Barcelona akan menerima gaji seumur hidup.

Dan dia memenuhi janji itu, ujar Heredia menjelaskan perkara itu kepada The Tactical Room.

Gol Messi dijaringkan pada minit ke-70 pada akhir 2009, menyekat kemenangan pasukan Machester United di bawah pengurus Sir Alex Ferguson ketika itu.

Sejak itu, Barcelona memenangi dua lagi gelaran Eropah pada 2011 dan 2015, dengan nama dari Neymar ke Marc Bartra ditambah ke dalam senarai juara Eropah bagi kelab itu. - Mail Online



Barcelona , Lionel Messi , Joan Laporta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain