suria

City sedia bagi laluan jika Arteta dipilih sebagai pengurus Arsenal

Arteta (kanan) merupakan orang penting Guardiola di Manchester City.

MANCHESTER City tidak menghalang sekiranya pembantu Pep Guardiola menjadi pilihan sebagai pengurus di Arsenal jika Unai Emery dipecat.

Mikel Arteta,37, disukai penyokong-penyokong Arsenal sepanjang lima tahun dia berada Stadium Emirates.

Nama Arteta kini menjadi sebutan sebagai calon yang sesuai menggantikan Emery yang dilihat semakin goyang dengan persembahan hambar skuadnya.

Sumber di Etihad memberitahu kepada The Sun: "Dia tahu City tidak akan berdiri di laluan cita-citanya jika mendapat tawaran daripada kelab teratas."

Kedudukan Emery semakin goyang.

Bekas pemain The Gunners ini antara yang dihormati sepanjang berada di bawah pengurusan Arsene Wenger dan dicadangkan supaya mengambil alih peranan utama dalam pengurusan.

Walaupun Emery dikritik oleh penyokong-penyokong setia Arsenal, namun bekas bos Sevilla itu masih mendapat sokongan daripada stafnya yang mengakui 'dia masih lagi orang paling sesuai dengan tugas itu.'

Malangnya, dengan rekod hanya enam kemenangan dalam 19 perlawanan terakhir Liga Perdana menyaksikan pintu pengurusan baharu bakal dibuka untuk Arteta yang kini bergelar pembantu pengurus di City sebaik sahaja bersara sebagai pemain. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain