Aksi hambar Hadi Fayyadh, nasib penyerang muda negara di Jepun diketahui akhir tahun ini - Sukan | mStar

Aksi hambar Hadi Fayyadh, nasib penyerang muda negara di Jepun diketahui akhir tahun ini

Hadi Fayyadh menjalani latihan bersama kelab Fagiano Okayama. Foto: Instagram Hadi.

DENGAN status sebagai pemain antarabangsa di kelab Divisyen Dua Liga Jepun (J2), aksi penyerang muda negara Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak sentiasa ditagih.

Pemain muda milik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menarik perhatian kelab Fagiano Okayama selepas menjalani dua sesi latihan pada September dan November tahun lalu.

Remaja tinggi lampai berusia 19 tahun itu diberi tawaran kontrak selama setahun dan pastinya pengalaman itu antara yang terbaik sepanjang kariernya.

Namun selepas beberapa bulan berkelana di sana, timbul persoalan mengenai prestasinya yang kurang menyengat ketika bersama skuad Bawah 23 Tahun negara, malah sehingga kini masih belum berjaya menempatkan diri dalam skuad utama kelab Jepun itu.

Pengarah Urusan Yakult (M) Hiroshi Hamada yang juga merupakan penaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, Hadi Fayyadh memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan landskap bola sepak Jepun.

“Dia masih baharu dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kelabnya. Dia perlu lebih bekerja keras untuk faham sistem bola sepak kelab.

“Apa yang saya nampak dia perlu mengubah ‘positioning’ dan tidak hanya menunggu bola. Hadi perlu lebih banyak melakukan pergerakan dan kelemahan itulah yang dia sedang perbaiki sekarang. Dia juga banyak bermain dalam perlawanan persahabatan kelab,” jelas Hamada.

Ketika ditanya mengenai kontrak Hadi Fayyad yang bakal berakhir Disember ini, Hamada mengakui ia merupakan isu sensitif buat masa sekarang.

“Liga Jepun masih berlangsung sehingga Disember ini. Sehingga itu kelab tidak akan berbincang mengenai kontrak dengan mana-mana pemain sehingga tamat musim.

“Kita tunggu sehingga liga musim ini tamat,” jelasnya ringkas kepada mStar.

Hadi Fayyad , Fagiano Okayama , Jepun , JDT

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain