suria

Pemain pertahanan Man United sarung jersi Roma

Smalling sah berpindah ke Roma secara pinjaman.

ROMA mengesahkan telah mengikat pemain pertahanan Manchester United secara pinjaman.

The Giallorossi itu akan membayar kelab Liga Perdana Inggeris itu sebanyak 2.8 juta paun sebagai nilai perjanjian untuk mendapatkan Chris Smalling.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal memakai jersi No.6 bersama kelab Serie A ini.

"Ini adalah peluang terbaik buat saya. Peluang untuk bermain dengan liga baharu, pasukan besar yang mempunyai aspirasi yang memang saya perlukan.

"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan," jelas Smalling.

Pengarah kelab, Gianluca Petrachi berkata: "Kami berbesar hati untuk membawa pemain seperti Chris yang mempunyai banyak pengalaman.

"Kami diyakinkan bahawa dia akan membantu skuad dan semua pemain yang bermain bersamanya."

Sementara itu pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan punca dia membenarkan perpindahan sementara itu.

"Buat masa sekarang kami sudah mempunyai enam pemain pertahanan. Ia adalah satu perkara yang timbul menjelang tarikh tutup jendela perindahan pemain di Eropah.

"Chris sangat istimewa dan ada peluang di sana, dengan pengalaman serta cabaran baharu.

"Dia akan kembali dengan lebih baik kerana di sana sebuah kelab yang besar, liga yang bagus. Tidak ramai pemain Inggeris yang bermain di sana dan saya yakin dia akan gembira," katanya.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain