suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo muat naik gambar kebakaran palsu di Instagram

Ronaldo membuat perkongsian mengenai kebakaran hutan Amazon menerusi Instagram.

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo antara nama-nama besar yang peka mengenai kejadian kebakaran hutan Amazon.

Ronaldo berkongsi mengenai hal itu menerusi media sosial miliknya.

Bagaimanapun, foto yang dikongsi bukanlah keadaan semasa Amazon sebaliknya gambar kejadian yang berlaku pada 2013.

"Hutan hujan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dunia dan terbakar sejak tiga minggu lalu.

"Ia tanggungjawab kita untuk selamatkan planet," tulisnya di Instagram.

Selain Ronaldo, pelakon Leonardo DiCaprio dan penyanyi Madonna turut berkongsi foto kebakaran hutan yang salah.

Ia susulan ribuan perkongsian gambar di media sosial sehingga mereka keliru dengan foto terbaharu di lokasi kejadian. - Express UK.

Artikel Lain