suria

Lebih 5,000 peserta meriahkan Cabaran Lebuhraya Besraya, "Agenda gaya hidup sihat"

Peserta-peserta Cabaran Leburaya Besraya memulakan larian dalam dua kategori pada Sabtu malam.

CABARAN Lebuhraya Besraya yang julung kalinya berlangsung buat julung kalinya mendapat sambutan meriah dengan kehadiran 5,000 peserta dalam dua kategori yang diadakan.

Pengalaman berlari di lebuh raya pada waktu malam telah memberi pengalaman menarik kepada semua pelari maraton yang pastinya ia bukan cabaran mudah untuk menamatkan larian sejauh 13 kilometer dan 26km.

Dengan sambutan yang menggalakkan ini, pihak penganjur dijangka akan meneruskan acara ini pada tahun seterusnya.

Larian itu adalah salah satu daripada dua larian di bawah anjuran Cabaran Lebuhraya Duo IJM Allianz dengan larian pertama dinamakan Cabaran Lebuhraya NPE sudah pun berlangsung Julai lalu membabitkan seramai 9,000 peserta.

Ketua Operasi yang juga Pengarah Urusan IJM, Datuk Soam Heng Choon berkata, tiga kategori untuk larian kali ini iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita serta Berpasukan Campuran.

"Cabaran Lebuhraya Duo IJM Allianz adalah salah satu daripada lima kejohanan yang kami sertai pada tahun ini.

"Ketika kami bersetuju untuk menjadi penaja bersama bagi larian ini, ia menguatkan lagi komitmen kami untuk bersama-sama meningkatkan agenda gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

"Kami sangat berbangga dengan segala pencapaian di saingan ini sejak ia kali pertama dianjurkan pada 2017," katanya.


BEsraya, Duo, larian

Artikel Lain