suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney kantoi curang lagi, Coleen keluar rumah tak pakai cincin kahwin

Coleen keluar rumah tanpa memakai cincin perkahwinannya.

COLEEN Rooney dilihat keluar rumah tanpa memakai cincin perkahwinannya selepas timbul gosip terbaharu suaminya, Wayne keluar dengan wanita lain.

Isteri kepada bekas pemain Manchester United itu kelihatan sungul pada Jumaat beberapa hari selepas suaminya dilihat menaiki lif bersama seorang wanita tidak dikenali sebaik selesai parti minum arak.

Wanita berusia 33 tahun itu dilihat bercakap sesuatu di telefon bimbitnya semasa keluar berseorang tanpa membawa bersama empat anaknya.

Coleen dan Rooney berkahwin pada 2008 selepas enam tahun bercinta.

Beberapa hari sebelum itu, Coleen dilaporkan masih lagi memakai cincin ernilai 200,000 pound sterling itu semasa keluar rumah.

Terbaharu beberapa keping gambar Rooney berbual dengan seorang wanita ketika mereka menunggu lif bersama-sama kira-kira pukul 5.30 pagi beberapa jam selepas berparti di Amerika Syarikat (AS) tersebar di media sosial.

Rooney dilaporkan keluar berparti dengan rakan pasukannya di DC United sebelum mandi jakuzi di kediaman seorang rakannya.

Difahamkan perbuatan itu dilakukan ketika Coleen kembali ke United Kingdom bersama anak-anaknya untuk cuti musim panas. - Metro.co.uk

Coleen, Wayne Rooney

Artikel Lain