Ketiadaan Lukaku buat Sanchez hilang semangat, mahu tinggalkan Manchester United

Sanchez dikatakan tidak lagi bersemangat berada di Old Trafford.

ALEXIS Sanchez tanpa berselindung mahu meninggal Manchester United dalam tempoh dua minggu akan datang.

Pemain antarabangsa Chile itu hanya membuat empat penampilan dalam Liga Perdana sejak ole Gunnar Solskjaer mengambil alih pasukan Disember lalu.

Biar pun minggu lalu, Solskjaer menjangkakan Sanchez akan kekal di Old Trafford namun pemain berusia 30 tahun itu mengintai untuk ke Itali sebelum jendela pemindahan Eropah ditutup pada 2 September ini.

Ejen pemain itu, Fernando Felicevich dilaporkan bertemu dengan Juventus awal musim ini manakala Napoli dan AC Milan turut berminat dengan Sanchez.

Sanchez dan Lukaku merupakan kawan baik di United.

Pemindahan Romelu Lukaku ke Inter Milan membuatkan Sanchez hilang rakan gandingan terbaik termasuk di bilik persalinan.

Aksi Serie A dilihat sebagai destinasi terbaik buat bekas pemain Udinese ini.

Solskjaer percaya Sanchez masih mempunyai tempoh tiga minggu untuk dia mendapat kecergasan sepenuhnya selepas cedera ketika saingan Copa Amerika di Brazil baru-baru ini.

Sanchez meledak tiga gol dalam 32 penampilan sejak berpindah dari Arsenal. -Dailymail.co.uk

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain