suria

Manchester United sampaikan pesan buat Real Madrid isu Pogba

Paul Pogba. Foto Reuters

MANCHESTER United memberitahu Real Madrid bahawa Paul Pogba tidak dijual untuk musim panas ini, meskipun kelab Sepanyol itu membida dengan tawaran lumayan £185 juta (RM936 juta).

Pogba yang diburu Real Madrid sejak pemain itu memberitahu dia terbuka kepada cabaran baharu pada musim ini.

Pengurs Real Madrid, Zinedine Zidane juga sudah lama mengintai Pogba untuk dijadikan pemain dalam skuadnya.

Bagaimanapun, akhbar harian Sepanyol, AS, mendakwa Manchester United kekal dengan pendiriannya mengenai masa depan Pogba dan tidak akan menjual aset bernilai itu. - Mirror UK

Artikel Lain