suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar bikin PSG panas 'telinga'

Kenyataan Neymar menambahkan lagi situsi dingin di PSG.

NEYMAR dianggap langsung tidak menjaga ‘hati’ kelabnya apabila mendedahkan momen terindah sepanjang kariernya ketika menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG).

Sejak beberapa bulan ini Neymar secara jelas meluahkan keinginannya untuk kembali ke Barcelona selepas tidak lagi mempunyai aura bersama PSG.

Namun hingga kini, PSG masih belum menerima sebarang tawaran terhadap pemain kebangsaan Brazil itu.

Kongsi Neymar, saat yang paling dia tidak boleh lupakan apabila Barcelona berjaya menewaskan PSG 6-1 ketika aksi Liga Juara-Juara 2017.

Dalam aksi itu, Neymar turut menjaringkan dua gol.

“Memori paling indah di bilik persalinan? Ahh…saya tidak tahu….

“Tetapi apabila kami menang ke atas PSG ketika bersam Barcelona, ia sengat sempurna…kami semua ‘gila’ selepas itu.

“Saya percaya ia merupakan perasaan paling indah untuk kami semua.

“Apa yang kami rasa menjaringkan enam gol, saya tidak pernah rasai seperti itu. Ia sangat menakjubkan.”

Hubungan Neymar dengan PSG kini agak dingin selepas dia mmeberitahu mahu ke Barcelona.

Malah Neymar juga gagal menyertai skuad menjalani latihan pra musim dan kemungkina dia bakal berdepan dengan hukuman kelab.

Sebelum ini Barcelona juga secara terangan memberitahu berminat untuk membawa Neymar kembali ke Nou Camp musim depan walaupun baharu sahaja mengikat Antoine Griezmann dengan harga 108 juta paun pada Jumaat. -Dailymail.co.uk

Barcelona, PSG, Neymar

Artikel Berikut

Artikel Lain