suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Zidane meninggal dunia

Zidane diberi pelepasan untuk bersama keluarganya.

ABANG kepada Zinedine Zidane meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Semua staf dan pemain Real Madrid mengadakan tafakur seminit pada Sabtu bagi menghormati kematian abang pengurus kelab itu, Farid. 

Pengendali Los Blancos meninggalkan kem latihan pra musim di Kanada minggu ini di atas sebab-sebab peribadi yang berkaitan dengan abangnya.

Anaknya, Luca yang menyertai Racing Santander secara pinjaman turut diberi pelepasan meninggalkan kelab seketika.

Farid dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu pagi dikelilingi ahli keluarganya.

Dipercayai Zidane sempat bertemu dengan Farid sebelum menghembus nafas terakhir.

Manakala Madrid dilaporkan memberi masa yang diperlukan Zidane untuk bersama keluarganya.

Pembantu David Bettoni diberi tanggungjawab menggantikan Zidane sehinggal pengurus itu kembali ke Montreal. -Dailymail.co.uk

Zinedine Zidane, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain