suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maguire tak sabar tinggalkan Leicester untuk Manchester United

Harry Maguire. Foto Reuters

HARRY Maguire mahu mempercepatkan perpindahannya ke Manchester United dengan memberitahu pengurus Leicester, Brendan Rodgers dan rakan sepasukannya bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu.

Maguire, 26, memaklumkan Rodgers dan rakan-rakan skuad Foxes mengenai hasratnya semasa latihan pra-musim di Perancis.

Dengan pemberitahu itu, ia diharapkan dapat mempermudahkan rundingan antara kedua-dua lkelab.

Setahun lalu, Maguire yang juga pemain pertahanan England gagal untuk memuktamadkan perpindahannya ke Old Trafford meskipun mendapat perhatian bekas pengurus, Jose Mourinho.

Selain Manchester United, kelab Manchester City turut berhasrat mendapatkan Maguire tetapi nampaknya gagal untuk memenuhi penilaian daripada Leicester membabitkan pemain itu. - Daily Mail UK

Artikel Lain