suria

Bekas pemain cadang supaya Manchester United jual Pogba

Pogba dikatakan mahu kembali ke La Liga.

BEKAS pemain tengah Kleberson beri cadangan kepada Manchester United supaya menjual Paul Pogba.

Pogba dilaporkan mahu berpindah dari United dan pemain antarabangsa Perancis itu dikaitkan dengan kelab gergasi La Liga, Real Madrid.

Malah penyerang itu juga dikaitkan dengan kelab lamanya Juventus.

Pemain berusia 26 tahun itu tiba di Old trafford selepas urusan perpindahan bernilai 89 juta paun pada 2016.

Kleberson yang menghabis dua musim di Manchester selepas menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil pada tahun 2002 percaya sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapatkan duit.

"Tindakan paling tepat adalah menjual Paul Pogba. Dia adalah pemain hebat dan bakatnya luar biasa.

"Tetapi gayanya sedikit berbeza dan tidak sesuai dengan apa yang Man United mahukan.

"Dia boleh menggunakan peluangnya itu untuk pergi dan mulakan sesuatu yang baru. Bermain dengan cara yang berbeza di atmosfera ini dan cuba cabaran baharu.

"Kadang kala agak sukar untuk datang ke Manchester United dan membiasakan diri dengan gaya tertentu.

"Ia bukan bermakna dia tidak bagus dengan kualiti hebat.

"Terlalu banyak kritikan kepada pemain, kadang kala membuatkan ia tidak berjalan lancar.

"Anda kerja keras, mahu prestasi terbaik untuk pasukan tetapi kadang kala ia tidak lancar, dan ia akan menjadikan di luar kawalan anda," jelasnya yang berusia 40 tahun. - One Football

Artikel Lain