suria

Kuasa penyokong bakal jadi penentu hala tuju bola sepak tempatan

Penyokong-penyokong bakal menjadi penentu hala tuju bola sepak tempatan.

KUASA penyokong bakal menjadi penentu hala tuju bola sepak tempatan selepas  Malaysian Football League (MFL) memperkenalkan struktur hak penyiaran baharu yang berkuatkuasa musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam optimis kelibat penyokong yang menjadi pemegang taruh besar dalam pengstrukturan hak penyiaran kali ini dijangka akan memberikan impak lebih berkesan jika dibandingkan tradisi sebelum ini berkaitan penajaan Liga Malaysia.

Jelasnya lagi, penyokong-penyokong bola sepak tempatan akan diberikan ‘kuasa’ menentukan hala tuju perbelanjaan selepas mereka melanggan pakej yang akan diperkenalkan akan datang.

“Sudah lama sebenarnya dalam penyelidikan MFL dalam isu para penyokong, mereka sentiasa mencari jalan untuk membantu pasukan kesayangan mereka.

“Ramai yang mahu membantu tetapi tidak ada jalan yang jelas. Adakah dengan membeli jersi, berapa pulangan yang akan dapat kepada pasukan, adakah pulangan itu akan pergi kepada penaja atau sebagainya.

“Kadang-kadang isu ini menimbulkan kekeliruan tetapi dengan adanya platform ini, segala sumbangan atau perbelanjaan penyokong akan disalurkan kepada pasukan-pasukan.

Kevin Ramalingam

“Ada mekanisme untuk dibincang bagi memastikan pasukan penyokong mendapat imbuhan yang terus dan juga imbuhan tambahan apabila satu penyokong itu mengambil bahagian dalam kejayaan program ini.

“Sebagai contohnya, katakan pakej yang diperkenalkan itu berharga RM20, penyokong yang melanggan itu dapat melihat perjalanan wang mereka disalurkan.

“Memetik contoh lagi, mungkin ada pilihan-pilihan lain contohnya penyokong mahu menaiktaraf peralatan kamera di stadium, membangunkan akademi atau sebagainya sesuai mengikut kehendak penyokong tetapi ia masih dalam peringkat cadangan di mana proses itu lengkap bermula 60 hari daripada sekarang,” ujarnya.

Pada Jumaat MFL mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020.

Menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain